Tuesday 29 October 2013

BUDAK MENONGKAT LANGIT

Mana tumpahnya lauk kalau tidak ke dalam mulut
Lepas tu perut mengisar sampai jadi darah daging
Maap! Ni bukan peribahasa tapi metafora
Yang aku cuba besarkan lagi skopnya

Ini kampung, tipikal kampung
So kena faham

Jgn buat mcm kau je yg duduk luar dari himpunan
Kelompok manusia manusia tipikal ni
Kalo tgk pada anak 'knapa hg mcm ni?'
Oooo... Bila jumpa pada tempatnya
Hmm.. Patut la pun bdk ni jd macam tu ye

Jadi budak walaupun kau duduk bukan kampung
Sekali pun kau tak layak pilih utk tidak hormat
Ingat dunia ni penuh manusia manusia
Walau binatang sekalipun kau kena hormat
Kerna allah maha adil dlm mencipta makhluknya

Nak dimarah jenis tak reti bahasa
Nak ditampar pulak anak orang
Nak bawak bersabar sampai bila
Nak nasihat sudah beribu ribu
Nak diubah keturunan dia mmg mcm tu

Monday 8 July 2013

PERGI WALAU TERPAKSA DARI TERUS DISAKITI DAN MENYAKITI

Andai dapat aku satukan hati ku dan hati mu
Mungkin saat itu dunia ini berputar menterbalikkan paksinya
Tidak dapat aku nafikan getar hati ini menjadi semakin kuat
Tapi aku mengerti keadaan tidak memihak pada aku
Terselit perbezaan ketara dari tiap sisi antara aku dan kamu

Mahu saja aku lari selagi mampu
Tapi bisakah aku?
Mahu saja aku pergi selagi tegar
Tapi kuatkah aku?

Tiap saat dan detik itu mencoret kenangan yang terindah
Biar aku simpan yang manis itu untuk selamanya
Bukan kesempurnaan yang aku kejarkan
Cuma aku tidak tegar mencuri masa muda kamu ke dalam dunia aku
Dunia aku penuh warna hingga ada tercalit hitam yang memeritkan
Warna-warna itu yang perlu kamu raih dan pelajari
Higga tiba saatnya nanti
Kamu akan mengerti mengapa dunia kita berbeza

Biar aku pergi agar tenang hati ini dari terus dibelenggu oleh rasa itu

Maafkan diri ini kerna tidak mampu menunaikan janji yang lalu

Sunday 7 July 2013

SAHABAT TERINDAH

Melihat sekujur tubuh itu duduk sambil memeluk kaki
Tubuh yang dulu berisi tapi kini kurus melidi
Dia memandang  ke suatu sudut
Tapi pandangan itu sepi, kosong, kaku
Apa yang ada di benaknya aku masih tidak mengerti

Sahabat-akan selamanya silaturrahim itu terjaga
Orang kata kita ni makan sepinggan, tidur sebantal
Di mana aku ada, di situ juga ada kamu
Penyayang, ceria, aktif, senyum indah kamu
Semuanya menghidup hari aku

Aku bagai tak percaya yang sekarang kita berbeza
Kerna kamu melangkah satu tapak ke depan
Untuk menempuh alam kehidupan yang baru
Ia suatu penutup dan juga permulaan
Dan di situ letaknya pengorbanan tiap saat

Ku sangka panas hingga petang
Rupanya hujan di tengah hari,
biarkan mereka dengan kebodohan sendiri
permata indah mereka tinggalkan
tapi kaca itu yang mereka tatangkan

sahabat
tubuh kamu kurus, lemah, tak bermaya
mata kamu tiada sinar lagi
yang Cuma ada linangan air mata
bibir kamu tiada lagi senyum itu
kamu bagai tiada fungsi
tolak ke kanan, ke kanan lah pergi
tolak ke kiri, ke kiri lah pergi

adakah kamu tahu!
Yang hati aku sakit
Hati aku pedih
Hati aku perit
Hati aku retak

Bila memandang wajah kosong kamu
Tubuh kamu yang tiada jiwa
Hanya titisan air mata aku menyatakan segala
Peritnya mahu diluahkan semua rasa
Andai aku bisa berkata-kata
Akan ku sebarkan pada dunia tentang rasa

Kamu melemparkan kata  menyalahkan diri
Kesalnya kamu pada perbuatan
Kesalnya kamu pada ketaatan
Kesalnya kamu atas kesetiaan
Kesalnya kamu demi pengorbanan
Kesalnya kamu… kesal… kesal…

walau kamu tidak mengenali aku saat ini
tapi kamu ada dalam setiap doaku
terpinga-pinga bila kamu terlupa akan diri ini
sakit hati ini
pedih hati ini
tapi tetap juga aku setia
kerna kamu sahabat terindah ku miliki

sahabat kalau nanti suatu hari kau sedar, kau baca lah apa yang terbuku dalam sanubari aku ini. Kerna aku tidak mampu berkata-kata dengan jelas. Aku hanya mampu membuat kau tersentuh dengan nukilan. Walau tanpa pena yang membasahi kertas, walau tanpa secebis kertas. Aku tidak akan berhenti menitipkan tinta untukmu.


Pesanku wahai sahabat, berdirilah selagi kamu mampu. Bertahanlah selagi kamu mampu. Berharaplah selagi masih ada pengharapan. Kerna yang diatas sana sedang menguji kesetiaan dan ketaatan mu padaNYA. Segala takdir mu telah tertulis di luh mahfuz Cuma kamu sahaja yang perlu memilih jalan yang terbaik. 
Sabar ye sayang… 

Tuesday 11 June 2013

KEBENARAN VS FIKIRAN MEREKA

Wah! Sedapnya mulut dia berbicara. Bidalan melayu pernah kata ‘terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata binasa’. Nah amik! Ini makannya…

aku akui menjadi seorang guru bukan pilihan aku selama ni. Tapi allah sudah tetapkan rezeki tiap yang hidup penuh rahsia. Mengapa perlu ada mulut-mulut berkata, suara-suara sumbang membingitkan halwa telinga juga sorotan mata-mata tajam memerhati?  Apakan daya mereka hanya bersuara dibelakang tanpa aku dapat menegakkan hak aku.

‘ooh, jadi cikgu. Tak apa lah cabel besaq kan ada’
Ayat ni baru kluar dari mulut junior dan anak murid aku sendiri depan-depan aku pulak tu. Tersayat hati bila anak murid sendiri yang kata macam tu. walaupun ada anak murid yg hanya memanggil nama aku tanpa gelaran cikgu tak pernah pun rasa sakit macam ni.itu baru yang aku dengar depan-depan, belum lagi termasuk suara sumbang dibelakang.  Aku sedih sangat sebab pemikiran anak-anak masih lagi terbelenggu oleh pemikiran mereka.

Aduhhh… sah-sah la nak jadi cikgu ganti kena sabaq. Apa korang ingat senang-senang leh mintak nak ngajaq apa? Nak ngajaq kat mana? Korang fikir boleh main pilih-pilih macam pilih ikan kat pasar. Ya! Memang aku marah sangat. Ini semua allah yang tetapkan rezeki aku, perjalanan aku, tak kan lah masih lagi tidak mahu terima takdir itu? Dah malas nak cakap banyak. Nanti kalo aku call orang PPD yang pilih aku tu suruh dia sendiri yang cakap baru semua orang percaya kot. Hari tu dia dah bangkitkan isu ni depan guru ganti yang lain. dia sendiri mengaku tak nak ada yang kata dia pilih aku sebab atas kuasa lain dan dia jugak mengaku dia tak kenal aku dan tak mengangka yang aku anak mak aku.

Ikut rasa, binasa… ikut hati, mati…
Bagaimana mahu menegakkan benang yang mereka sendiri siram??? Itu benang aku tapi mengapa mereka yang siram dan mereka juga yang sorokkan??? Sudah tiada keadilan lagi kah di mata dunia ini? Itu hak aku!!! Biar aku sendiri yang simpan!!! Walau hanya satu mulut bicara tapi tiap manusia dikurnia dua kupingnya. Mungkin sebelah kuping kedengaran jelas, mungkin yang sebelah lagi kurang jelas. Maka bercanggahlah antara dua kuping itu. Namun akal hanya mahu mengikut hati!
 Maaf! Bicara aku tidak telus tapi ikhlas.

Jadi, kamu wahai hati. Hidup tanpa ujian juga pancaroba akan hilang warna nya. Akan hilang seri nya. Wahai hati, biar dilanda dugaan maha hebat jangan hilang pegangan pada kasih yang didamba. Kerna kekasih kita itu banyak rahsia kita tersimpan rapi di luh mahfuz. Tidak hanya berserah dan tidak juga hanya menuggu. Yang pastinya kekasih itu sentiasa di sisi kita.


Wednesday 8 May 2013

cikgu FARAH

surprise!!! surprise!!!

Bertahun-tahun aku menafi untuk jadi cikgu. sebab aku tahu bukan mudah menjadi seorang pendidik tambah-tambah orang macam aku ni yang tak pernah terlintas pun akan jadi CIKGU! walaupun sebagai guru ganti tapi peranan seorang guru masih sama. Aku terlalu menghormati orang yang bergelar cikgu sehinggakan aku takut untuk menjadi seorang guru. aku takut kalau aku tak mampu nak memikul tanggungjawab guru. bukan senang seorang guru nak menarik perhatian pelajar untuk belajar. aku jugak kena belajar macam mana nak jadi seorang CIKGU.

kalau sesiapa lepasan SPM, DIPLOMA, DEGREE... yang nak apply cikgu ganti ni. korang pi lah kat PPD yang dekat dengan rumah korang mintak Borang Guru Ganti/ Guru Sementara. tapi keputusan semuanya bergantung kepada kekosongan cikgu di sekolah dan ikut suka pihak PPD nak bagi kita mengajar subjek apa pun. borang ni pun aku hantar bulan FEB hari tu dan alhamdulillah dah lapor diri ujung april. yang paling best sebab dapat sekolah dekat dengan rumah dan subjek seni visual memang bidang aku masa study di UiTM Machang, Kelantan.


Subjek: Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 3 & 4

wah! kena study balik ni sebelum masuk kelas sebab banyak yang dah lupa kan. Buku subjek seni sebelah kanan dan yang kiri tu buku ringkasan mengajar setiap cikgu wajib ada buku ni. so aku pulak akan meneruskan penulisan dalam buku Pn.Azian yang cuti bersalin selama 3 bulan ni. 


alhamdulillah... walaupun hari pertama bekerja sebagai guru ni agak kelam kelibut sikit tapi semuanya lancar macam biasa. mula-mula memang takut jugak nak masuk kelas mengajar huh! whatever happend i have to face it. ni lah buku ringkasan aku even tulisan tak cantik yang penting hati kena ikhlas mengajar dan bagi 100% to student. 

CIKGU FATIMAH
CIKGU FARAH

Cikgu dua generasi. hihi... walaupun aku just mengajar untuk sementara tapi title 'cikgu' tu akan melekap dalam ingatan pelajar-pelajar ni PERCAYALAH aku tak bohong! sebab tu aku tak ambil mudah dalam hal untuk menjadi guru dan sebab tu jugak lah aku sangat menghormati cikgu-cikgu semua even yang tak mengajar aku sekali pun.
 TUGAS, TANGGUNGJAWAB, KEGIGIHAN, PASSION harus ada dalam diri seorang cikgu! 

Sunday 13 January 2013

the dream!

mungkin kah 'mimpi' 2 tahun lepas akan terlangsai 2 tahun lagi?
jika aku bermimpi hapuskan lah 'mimpi' itu
jika 'mimpi' boleh jadi impian maka redhakan lah aku dengan jalanMu

bukan sehari aku meminta
semuanya terlafaz dgn ar-rahman di bibir
kerna ia pemurah rezki bagi insan

percaya pada rezki allah
juga kun fa ya kun
janji allah itu pasti

kaabah



doa-ku

ya allah,
andai masanya belum tiba,
jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
aku memohon agar kau tunjukkan jalan,
agar kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan,
jauhkanlah aku dari kemaksiatan,
jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
dan jauhkanlah aku daripada perkara yang engkau murkai,
agar aku dapat menjaga diri.

ya allah,
jika aku jatuh cinta,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-MU,
jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
maka hilangkan lah cintaku padanya,
sesungguhnya, cinta suci itu tidak buta.

ya allah,
dan jika dia mencintaiku,
biarkanlah dia mencintaiku kerana agama itu juga,
asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepada-Mu,
suapaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

ya allah,
jika ini bukan masanya,
jika ini belum saatnya,
dan jika kau tahu kami belum bersedia,
selamatkan kami,
jarakkan kami,
pisahkan kami,
agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
agar kami tidak mengundang murka-Mu,
agar kami dapat lebih menjaga hati,
agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

ya allah,
andai dia bukan untuk ku,
andai dia bukan jodoh ku,
maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
berikanlah dia insan yang benar-benar terbaik buat kehidupannya,
insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

amiin...

sebenarnya ini ialah sebuah puisi yang dipetik dari blog 'iluvislam'. boleh juga dijadikan doa utk pelengkap jiwa yang kosong. bukan tiada jodoh utk kita tetapi allah lebih bijak dalam rencananya. tanpa kita tahu isi di lauh mahfuz itu sendiri.