Friday 28 September 2012

cinta kah itu?

cinta

bila cinta tidak seiring dengan akal, maka musnah lah jiwa...

betul ke cinta? apa erti cinta sebenarnya? perlu ka cinta? kalau nak dihitung pakai jari mmg lebih dari tu lagu, puisi, cerita pasal cinta ni. ada yg akhirnya bahagia dan ada jugak sebaliknya. 
bagi aku cinta itu terlalu subjektif. this is from my own perspective, so i'll accepted what ever your judged. sbb itu cinta susah utk difahami. kadang-kadang ia boleh bawa kita terbang tinggi. ia boleh bawa kita merentas masa. ia boleh membawa kita memiliki. 

tapi dibawah akal sedar kita terdapat bahagian pra-sedar yang dipenuhi emosi cinta. pabila diri dikuasai cinta segala nya berubah menjadi indah. tiada secalit kekurangan pun yang dapat kita kesan. 'eyh chill la babe, think positive. he will change'. apa yang kita nampak semuanya elok. semuanya perfect. semuanya baik. semuanya... semuanya... mcm malaikat pun ada. hmmm... tidak sedikit pun kau kurang!

akal

bila akal menguasai diri, aku sedar...

logik kah akal? cinta atau akal? sedar kah akal? eei... jangan perlekehkan akal yang kita ada ni. berbiacara lah kita sama akal biar tidak pincang masa depan. berfikirlah kita sama akal biar tidak tersasar hala tuju. berhadapan lah sama akal biar terpampang kenyataan itu.

di atasnya itu adalah akal sebenar yang berfikir untuk bahagia, meng-ia-kan pada hakikat. biar memperlihatkan kenyataan untuk melengkapi. biar memperlihatkan yang jelek untuk disyukuri. biar memperlihatkan yang salah untuk diperbetul. biarkan...biarkan... biarkan mereka melihat dengan jelas perihal itu. sebenarnya kau tidak lebih!

Monday 24 September 2012

boarder pass

place; pejabat imigresen taiping
time; semalam
deal; boarder pass 
plan; away to danok 

okey, semalam pegi imigresen nak gi bwt boarder pass. punye lah ramai hamba allah kat sini. huh! bila dah pi amik borang sejam gak la tunggu turn. sambil2 tu snap picca sket dgn mama. huhuhu... plan nak gi danok pg jumaat nnt dgn mak cik aku kat aloq staq nun. at last dpt jugak aku nak ikot dia pi danok. mak cik aku ni mmg kako jln pi danok la, hat yai la. ikot suka mak cik dan pak cik aku bila nak masuk seberang. kadang2 tu boleh saja2 pi breakfast kat sana. tu yg aku jeles. hahaha! 


minggu ni schedule mmg penuh. pagi ni nak bertolak pi langkawi mama aku ada meeting. tp sebelum tu pi singgah padang besaq dulu baru naik ferry kat kuala perlis. hari kamis balik pi rumah tok kat aloq staq. jumaat pagi nak pi danok. ptg baru balik rumah aku. huh! penuh kan schedule. hari sabtu mama aku kata nak sambung pulak pi trong tidoq chalet kat sana. amboi tak tau la jd ke tidak. jz wait and see sbb kat trong nak pi makan ketam yg sepit dia saja dah besaq kotak rokok. hmm.. sedap tu isi pon byk.

Friday 21 September 2012

mungkin berubah

yang lalu...

mungkin masa lalu itu bisa merubah untuk siapa aku sekarang ini,
mungkin masa lalu itu membuatkan aku kenal siapa sebenarnya aku,
mungkin masa lalu itu telah menetapkan imanku pada hari ini,
mungkin masa lalu itu menjadikan aku lebih mencintai yang Esa,
mungkin masa lalu itu mengajar aku tentang dunia,
mungkin masa lalu itu menjadi permulaan pada hari depan,
mungkin masa lalu itu adalah kesinambungan cerita aku,
mungkin masa lalu itu adalah bayang hitam untuk hari ini,

mungkin kah?!

andai hari ini aku bisa berdiri sendiri,
andai hari ini aku menjadi diri sendiri,
andai hari ini imanku semakin utuh,
andai hari ini mencintai-nya adalah terindah,
andai hari ini guru adalah pengalaman,
andai hari ini masa depanku masih di tangan takdir,
andai hari ini ceritaku tiada akhirnya,
andai hari ini yg hitam tidak lagi mengejarku,

aku menyusur melalui rentas masa dunia mengutip segala pengalaman jalanan yg sgt bernilai. tapi asa ku adalah terhad dan hanya meminta pada yang Esa. bila zat dan segala kurniaan telah aku khianati langsung segalanya ditarik sekali gus tanpa belas. aku jatuh... dan sgt jatuh. aku lemah... dan sgt lemah. tapi mainan dunia tanpa belas menjadikan SIAPA AKU!

Wednesday 12 September 2012

meja potong kain

salam...
hari ni aku gi sekolah mama aku nak tgk meja untuk potong kain yg setinggi 1meter. cikgu mak aku pakat terkejut dan mula lah tanya pasaipa tinggi sgt? awat besaq sgt? boleh ka nak buat qeja? hmmm... fyi cikgu2 dan semua org. sy ni adalah seorang yg tinggi dan sy amat lah tidak boleh membuat kerja di bawah paras pinggang sy. ini semua disebab kan untuk mengelak dari memudatkan lagi pinggang sy yg semakin sakit sekarang ni ye. meja ni aku buntuk memotong kain sbb mama aku dah nak beli mesin jahit. huhuhuuu... mesin jahit tu lah yg aku idam2 kan selama ni. 

pagi td aku gi hardwear yg mmg sgt dekat dgn umah. aku beli wood filler untuk tutup lubang2 paku yg ada di atas permukaan meja, berus dan syelek untuk sapu atas meja kasi cantek sket. tp yg bestnya... aku mintak la plastik kat unty tu nak letak brg2 ni. skali die bagi paper beg guess ni. aiyoo! kedai hardwear tp paperbeg guess. hahaha... unty tu ckp xpe i pun xgune beg ni. u amik pakai la... very good unty! i akan dtg lg kedai u nnt ye.

hardwear.paper beg

so bermula lah kerja aku kat bengkel KH. meja ni ckg hazidin yg buat. aku gi mesin lasi licin meja ni baru senang aku nak lukis2 atas meja ni nnt. mesin tu bawah dia kena letak kertas pasir. haaa... nasib ada mesin ni nama ntah depa panggil so xpyah la aku nak 'tonyoh' kertas pasir ni pakai tangan. kalo tidak mau kurus jugak tangan aku ni. cer tgk meja ni besar kan.

meja.mesin.licin


lepas dh di mesin dgn kertas pasir mula lah untuk menutup segala lubang dan juga cacat cela yg ada kat meja ni. so aku pakai wood filler instant punye. bukak bekas terus boleh pakai. atas meja ni ada tempat yg depa paku dan berlubang sikit. lubang2 paku tu aku tutup pakai wood filler ni je. sapu ke kat lubang paku pakai wood filler bagi sama rata dengan meja. pastu tunggu bagi kering dulu then mesin lagi skali kat tmpat wood filler tu je. lepas wood filler dh kering kat lubang2 tu kene mesin lagi skali bagi rata tempat filler tu.

wood filler.mesin

dah siap tempek wood filler boleh la mula mencalit syelek di setiap inci meja aku ni. tgak hasil dh siap meja ni. syelek aku warne meranti. 

meja siap!

Monday 10 September 2012

squidwerd

good morning...

bangun pagi buat breakfast for me and my sister. ni lah sosej squidwerd dan scramble egg. kalau ade baked been ni lg meriah la pinggan ni. a very simple breakfast. 

sosej squidwerd+scramble egg

Sunday 9 September 2012

ORKID-taiping

hari ni mula la bangun awal breakfast dgn family dekat market bagan serai ni. mcm2 beli untuk buat makan-makan tengah hari kat rumah kak rosmini. bagi pecinta lontong hari ini mmg mama aku buat lontong paling sedap. the best in the world! hihihiii... ini lah menu yang kitorang bertungkus lumus siapkan nak bwk gi umah kak rosmini. walhal kat rumah dia lagi mcm-mcm ada. dengan ikan sumbat sambal, laksa, ayam masak kicap dan banyak lagi. 

sambal belacan.lontong.sambal udang.peria


inilah owner rumah yg kitorang gi kat taiping kak rosmini. orangnye kecik je tapi petah berkata-kata. sambil goreng ikan pun mulut kak nini xberenti bercakap. hahahaa! tapi dia sangat best. 

rumah.kak rosmini


mmg tiap kali gi umah kak nini asik mkn hati ja sbb tgk cabinet dapur dia wane merah. my peberet color la aih. kalo masuk umah dia confirm direct pi masuk dapur. cabinet merah tu saja RM18k mcm mane la aku nak simpan duit ni. hmm.. duit duit turunlah kau dari langit. hahahaa mmg xlah allah nak bg kat aku gitu ja. kena berazam dan terus berusaha ni nak simpan duit. tak pa janji dapat posing kat cabinet dia pon dh puas hati sikit. 

makan hati.cabinet.merah

sebenarnya, bukan saja-saja buat makan ni tapi geng-geng orkid mama aku ni depa ada orkid show dekat tasik taiping. so, aku selaku driver mamaku pun turut sama melibatkan diri dengan group orkid sblah utara ni. ada yg mai dr aloq setaq, sg. petani, bertam pon ada. hush... mai dari jauh nun. pi mmg meriah sgt umah kak nini tambah pulak dengan celoteh kak nini yang tak berenti tu. 

orkid.taiping.kelab orkid(U)


ini lah di antara yang hadir...







Saturday 8 September 2012

puasa 6

alhamdulillah...
hari ni lengkap sudah puasa enam aku. semoga ibadah aku diterima oleh Nya. aku yg tidak sempurna, juga pernah alpa dengan kehendak dunia. tp aku juga akhirnya mencari rahmat Nya. mungkin dh tiba masa untuk aku beratkan yg kanan dr yg kiri. kalau lihat pada ukuran Allah mmg aku tidak layak untuk zat Nya. Tp aku sedar sejauh mana aku melangkah, sejauh mana fikiranku bebas, dan juga sejauh mana akalku waras. aku tetap akan pulang kepangkuan Nya. 

bukan ku angkuh dengan mukjzat Nya. tp aku alpa untuk menggapainya. 
bukan ku lelah dengan jalan Nya. tp aku takut untuk menjalaninya.
bukan ku lemah dengan dugaan Nya. tp imanku tidak seteguh batu.

tatkala merenung kembali, bagaikan kanvas hitam hidupku ini. penuh dengan warna kegelapan yg sudah menjadi bayang-bayang. gelap- tanpa sinar cahaya itu aku rapuh dr segala sudut. bayang- telah melekat dalam setiap pepenjuru hidup. 


Friday 7 September 2012

UNTUK SAHABAT

ayatku ini khas buat teman dan sahabat yg aku sayang;
ziera.meyha.anum






Sayangku...
jangan biarkan sesuatu itu menguasai kita...
biarkan kita yg menguasai sesuatu itu...
kerna dengan sesuatu itu akan menghancurkan segenap jiwa manusia...
disebabkan manusia terlalu alpa dengan keindahan serta kecintaan hanya pada duniawi...

sayangku...
keindahan dan kecintaan duniawi bukan hak mutlak manusia....
jadi jangan terlalu taksub kepada sesuatu itu...
cari harga dirimu....
cari keindahan dirimu....
cari keimanan pada dirimu...
cari cahaya yg pasti menyuluh hatimu....

sayangku....
jangan pernah mengalah....
jangan pernah takut untuk bangun semula...
jangan pernah mengeluh dengan dugaannya...
jangan pernah menyalahkan dugaannya....
jangan pernah hilang kekuatan yg ada pada dirimu...

sayangku...
andai hari ini ALLAH mendugamu....
pasti ada sesuatu yg bisa membuatmu bahagia....
andai hari ini ALLAH membuatmu rasa hilang...
pasti ada sesuatu yg bisa membuatmu rasai kewujudan....

sayangku...
cari lah cinta hakiki yg akan menyintaimu tanpa henti sepanjang hayatmu...
hayatilah cinta hakiki itu dengan hati yg suci...
jangan pernah putus asa untuk mencari cinta-NYA....

THE possession

uhuuu... dah brapa lama aku tak tgk muvee. dua hari lepas aku ajak member aku warida pi berjimba. tgk muvee kat taiping sentral ja coz malas nak pi jauh2. warida ni member aku dr skolah rendah lagi. sbb pe aku suke kwn ngn die?... hmm sbb die best. hahahaa! cerita the possession ni aku leh bg 5/10 jela. jalan crita light2 ja takat kena rasuk pastu yg byk nye scene yg membuatkan jantung nak pecah. terkezut aku dek non! tp hareem hantu kluaq pon dak. tapi yg bestnya si warida ni la bukan men terkezut lg smpi nak tercabut krusi sblh aku. hahahaha! 

ini lah WARIDA!



INTRODUCTORY

ITS STARTING...
hey hoo! aku faros.
owh dh 22 this year
-jobless-

ber'blog' ni bukan lah pilihan aku satu ketika dulu. tapi pasaipa ntah skrg ni aku rasa gatai tangan nak nulih-nulih dlm blog. hmm... sedangkan aku bukan lah seorang penulis mahupun pandai berkata-kata. dan aku jugak bukan seorang yang mudah meluahkan rasa hati. sebab tu la kot makin lama makin xbetoi kot aku ni. hahahaa! asyik duk simpan dalam hati ja. sampai boleh jd nanah pon ada. biaq la belog ni boleh jd terapi untuk aku luahkan apa yg aku rasa. janji aku bahagia dengan cara ku.