Wah! Sedapnya mulut
dia berbicara. Bidalan melayu pernah kata ‘terlajak perahu boleh di undur,
terlajak kata binasa’. Nah amik! Ini makannya…
aku akui menjadi
seorang guru bukan pilihan aku selama ni. Tapi allah sudah tetapkan rezeki tiap
yang hidup penuh rahsia. Mengapa perlu ada mulut-mulut berkata, suara-suara
sumbang membingitkan halwa telinga juga sorotan mata-mata tajam memerhati? Apakan daya mereka hanya bersuara dibelakang
tanpa aku dapat menegakkan hak aku.
‘ooh, jadi
cikgu. Tak apa lah cabel besaq kan ada’
Ayat ni baru kluar dari mulut junior
dan anak murid aku sendiri depan-depan aku pulak tu. Tersayat hati bila anak
murid sendiri yang kata macam tu. walaupun ada anak murid yg hanya memanggil
nama aku tanpa gelaran cikgu tak pernah pun rasa sakit macam ni.itu baru yang
aku dengar depan-depan, belum lagi termasuk suara sumbang dibelakang. Aku sedih sangat sebab pemikiran anak-anak
masih lagi terbelenggu oleh pemikiran mereka.
Aduhhh… sah-sah la nak jadi cikgu
ganti kena sabaq. Apa korang ingat senang-senang leh mintak nak ngajaq apa? Nak
ngajaq kat mana? Korang fikir boleh main pilih-pilih macam pilih ikan kat
pasar. Ya! Memang aku marah sangat. Ini semua allah yang tetapkan rezeki aku,
perjalanan aku, tak kan lah masih lagi tidak mahu terima takdir itu? Dah malas
nak cakap banyak. Nanti kalo aku call orang PPD yang pilih aku tu suruh dia
sendiri yang cakap baru semua orang percaya kot. Hari tu dia dah bangkitkan isu
ni depan guru ganti yang lain. dia sendiri mengaku tak nak ada yang kata dia pilih
aku sebab atas kuasa lain dan dia jugak mengaku dia tak kenal aku dan tak mengangka
yang aku anak mak aku.
Ikut rasa,
binasa… ikut hati, mati…
Bagaimana mahu menegakkan benang yang
mereka sendiri siram??? Itu benang aku tapi mengapa mereka yang siram dan
mereka juga yang sorokkan??? Sudah tiada keadilan lagi kah di mata dunia ini?
Itu hak aku!!! Biar aku sendiri yang simpan!!! Walau hanya satu mulut bicara
tapi tiap manusia dikurnia dua kupingnya. Mungkin sebelah kuping kedengaran
jelas, mungkin yang sebelah lagi kurang jelas. Maka bercanggahlah antara dua kuping
itu. Namun akal hanya mahu mengikut hati!
Maaf! Bicara aku tidak telus tapi
ikhlas.
Jadi, kamu wahai hati. Hidup tanpa
ujian juga pancaroba akan hilang warna nya. Akan hilang seri nya. Wahai hati,
biar dilanda dugaan maha hebat jangan hilang pegangan pada kasih yang didamba.
Kerna kekasih kita itu banyak rahsia kita tersimpan rapi di luh mahfuz. Tidak
hanya berserah dan tidak juga hanya menuggu. Yang pastinya kekasih itu sentiasa
di sisi kita.