Friday 14 December 2012

cheese cake

preview

erm.. ramai betul yang terliur tgk cheese cake ni kan. ini lah cheese cake yang the vary 1st time aku buat. hahaha... alhamdulillah nasib jadi kan. sodap tuh! ni aku list kan resepi nak buat ini kek ok. tapi aku dah cuba pakai cream cheese yang berbeza. hasilnya pun mmg beza lah dr segi rasa. cream cheese philadelphia sgt lah sedap drpd cream cheese tatura. hihihi... sebab harga dia pon 2x ganda dari tatura. 


bahan-bahan

adunan (a)
475g- cream cheese (philadelphia, tatura-murah skit)
1/4 cup- icing sugar (diayak)
1/4 cup- susu segar
1/4 cup- tepung jagung
3 biji telur kuning (asing telur kuning dan putih)
1 teaspoon- vanilla extract 

adunan (b)- teknik maringue
3 biji telur putih (yg telah diasingkan tadi)
1/4 cup- caster sugar
1 teaspoon- cream of tatar

proses adunan

panas oven- 160c
masa- 35minit

adunan(a)
putar cream cheese sehingga lembut dan nampak seakan-akan krim dalam 3minit. selepas itu sambil putar masukkan satu demi satu bahan-bahan (a) tadi.masukkan gula icing dahulu sehingga sebati. kemudian masukkan susu segar sehingga sebati jugak. seterusnya masukkan tepung jagung sehingga sebati. kemudian masukkan telur kuning dan esen vanila sehingga sebati.
-senang kan bahan(a) ni. sambil putar masuk kan satu demi satu bahan-bahan tadi sampai lah sebati. hihihi...
-letakkan ke tepi ye adunan ini.
adunan (b)- teknik maringue

dalam bekas yang baru. putar telur putih sampai menjadi buih-buih halus atau lebih dikenali sebagai 'peak foam'. kemudian masukkan gula caster sedikit dem sedikit sehingga adunan menjadi berkilat. pastikan gula hancur sepenuhnya. masukkan cream of tatar dan putar lagi.

-teknik ini berasal dari italy. vary simple steps. so sape yg pernah makan pavlova cake. kek itu dibuat menggunakan teknik maringue ini lah.
-teknik ini mmg memerlukan kesabaran yang tinggi. tambah-tambah yang pakai hand mixer mcm aku ni. haha..
-agak lame jugak untuk mencapai tahap nak jadi kilatan tu ye.
-so texture maringue ni sgt-sgt lah lembut.

penghujung step

-campur kan adunan(a) dgn adunan(b). gaul dengan spatula sehingga sebati. so boleh la masukkan adunan tadi ke dalam dulang yg telah disapu butter. 
-untuk membakar sila lihat picca bawah ni.teknik 'water bath'. samada menggunakan acuan bulat yg lebih besar atau dulang besi. masukkan air panas ke dalam acuan yg besar tu. 
-ini untuk mengelakkan kek bahagian bawah overcooked. so teknik ini buat korang punya kek sgt cantik.



topping

25g- cream cheese (lebihan dari cream cheese bahan(a) tadi)
1 table spoon- gula icing (diayak). kalau nak manis tambah lagi gula ye
ceddar cheese- disagat halus 

cara-cara

putar cream cheese dan gula icing hingga lembut. sapu di atas kek tadi. kemudian tabur ceddar cheese yang telah disagat. hmmm... hasil nya sgt yummy!












No comments:

Post a Comment