Sunday 7 July 2013

SAHABAT TERINDAH

Melihat sekujur tubuh itu duduk sambil memeluk kaki
Tubuh yang dulu berisi tapi kini kurus melidi
Dia memandang  ke suatu sudut
Tapi pandangan itu sepi, kosong, kaku
Apa yang ada di benaknya aku masih tidak mengerti

Sahabat-akan selamanya silaturrahim itu terjaga
Orang kata kita ni makan sepinggan, tidur sebantal
Di mana aku ada, di situ juga ada kamu
Penyayang, ceria, aktif, senyum indah kamu
Semuanya menghidup hari aku

Aku bagai tak percaya yang sekarang kita berbeza
Kerna kamu melangkah satu tapak ke depan
Untuk menempuh alam kehidupan yang baru
Ia suatu penutup dan juga permulaan
Dan di situ letaknya pengorbanan tiap saat

Ku sangka panas hingga petang
Rupanya hujan di tengah hari,
biarkan mereka dengan kebodohan sendiri
permata indah mereka tinggalkan
tapi kaca itu yang mereka tatangkan

sahabat
tubuh kamu kurus, lemah, tak bermaya
mata kamu tiada sinar lagi
yang Cuma ada linangan air mata
bibir kamu tiada lagi senyum itu
kamu bagai tiada fungsi
tolak ke kanan, ke kanan lah pergi
tolak ke kiri, ke kiri lah pergi

adakah kamu tahu!
Yang hati aku sakit
Hati aku pedih
Hati aku perit
Hati aku retak

Bila memandang wajah kosong kamu
Tubuh kamu yang tiada jiwa
Hanya titisan air mata aku menyatakan segala
Peritnya mahu diluahkan semua rasa
Andai aku bisa berkata-kata
Akan ku sebarkan pada dunia tentang rasa

Kamu melemparkan kata  menyalahkan diri
Kesalnya kamu pada perbuatan
Kesalnya kamu pada ketaatan
Kesalnya kamu atas kesetiaan
Kesalnya kamu demi pengorbanan
Kesalnya kamu… kesal… kesal…

walau kamu tidak mengenali aku saat ini
tapi kamu ada dalam setiap doaku
terpinga-pinga bila kamu terlupa akan diri ini
sakit hati ini
pedih hati ini
tapi tetap juga aku setia
kerna kamu sahabat terindah ku miliki

sahabat kalau nanti suatu hari kau sedar, kau baca lah apa yang terbuku dalam sanubari aku ini. Kerna aku tidak mampu berkata-kata dengan jelas. Aku hanya mampu membuat kau tersentuh dengan nukilan. Walau tanpa pena yang membasahi kertas, walau tanpa secebis kertas. Aku tidak akan berhenti menitipkan tinta untukmu.


Pesanku wahai sahabat, berdirilah selagi kamu mampu. Bertahanlah selagi kamu mampu. Berharaplah selagi masih ada pengharapan. Kerna yang diatas sana sedang menguji kesetiaan dan ketaatan mu padaNYA. Segala takdir mu telah tertulis di luh mahfuz Cuma kamu sahaja yang perlu memilih jalan yang terbaik. 
Sabar ye sayang… 

2 comments:

  1. farah, aku baca dengan air mata. sedihnya aku rasa w/pn aku bukan ada mx keadaan tu, aku ttp rasa saakit hatinya dunia menghukum dia. aku sayang kita. aku sayang kita yang dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm... Anum tu la dunia ni. Walau pilihan yg mana pun kita pilih. Kita tetap diuji. Aku pon rinduuu sgt kita yg dulu.

      Delete